Home Tempatan PBAKL 2017 #QuranHour dapat sambutan hangat

PBAKL 2017 #QuranHour dapat sambutan hangat

SHARE

KUALA LUMPUR – Seseorang individu  tidak beramal untuk diri sendiri bahkan meliputi  seluruh institusi kekeluargaan dan masyarakat.

Penasihat Modul Rumah Ngaji, Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar berkata, di dalam setiap institusi kekeluargaan, masing-masing ada peranannya.

“Kita semua ada tanggungjawab, kemusnahan yang berlaku hari ini terjadi apabila tanggungjawab dan amanah itu tidak diperkasakan,” katanya ketika ditemui pada kemuncak program Rumah Ngaji sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL2017) #QuranHour, Komuniti Berilmu, Komuniti Berbudi dan Penyayang, semalam.

Mengulas lanjut perkongsian beliau tentang Komuniti Berilmu, Komuniti Berbudi dan Penyayang beliau berkata, budi itu harus dilaksana tanpa ada niat  tersirat.

“Buatlah semata-mata kerana ALLAH, penuh ikhlas.

“Kita kena yakin berbuat baik itu walaupun tak dapat ganjaran di dunia, tapi kita ada kehidupan yang abadi di alam akhirat,” katanya.

Beliau berkata, apabila kita berbudi akan lahirnya sifat kasih sayang.

“Semua yang diajar oleh agama asasnya daripada al-Quran.Kita laksanakan agenda berbudi itu atas asas konsep menyayangi kerana ALLAH,” katanya.

Katanya, semua harus berpandukan kepada al Quran kerana kitab suci itulah mengandungi sejarah berbudi masyarakat terdahulu yang mesti kita ikuti.

“Semua panduan dan konsep penyayang itu kalau kita ikuti kita akan selamat.

“Bagaimanapun ia tidak boleh berdiri dengan sendiri, melainkan mengikut al-Quran,” katanya.

Sinar Online

Comments