Home Tempatan Patuhi gencatan senjata di Syria

Patuhi gencatan senjata di Syria

SHARE

PUTRAJAYA: Malaysia menggesa semua pihak bertelagah di Syria mematuhi gencatan senjata di negara bergolak itu, berdasarkan Resolusi 2401, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diluluskan pada Februari lalu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan, berkata Malaysia senada dengan kenyataan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres pada 16 Mac lalu yang kesal apabila Resolusi 2401 (2018) mengenai gencatan senjata menyeluruh di Syria itu yang masih tidak dilaksanakan.

Katanya, semua pihak bertelagah itu perlu memenuhi kewajipan dalam membenarkan kemasukan misi bantuan kemanusiaan disalurkan kepada mereka cedera dan memerlukan bantuan.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments