Home Tempatan Pasukan perubatan Tabung Haji sedia berikan khidmat terbaik

Pasukan perubatan Tabung Haji sedia berikan khidmat terbaik

SHARE
AppleMark

MEKAH 14 Ogos – Seramai 18 orang doktor pakar, 40 pegawai perubatan serta 217 anggota sokongan perubatan Tabung Haji bersedia untuk memberikan khidmat terbaik kepada 30,200 jemaah haji pada tahun ini.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) 1438 Hijrah, Dr. Mohammad Faid Abd. Rashid berkata, jumlah itu termasuklah 63 penolong pegawai perubatan dan 66 orang jururawat, selain pegawai pergigian dan farmasi, juru x-ray, makmal, fisioterapi dan pemakanan (diet).

“Di Mekah, kita mempunyai Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji Syisya dengan kapasiti 197 katil termasuklah satu bilik pengasingan bagi kes berjangkit.

“Di pusat rawatan Wisma Tabung Haji Hotel Abraj Al-Janadriyah ula disediakan 34 katil, manakala di Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji Al Jaffery Madinah , kita punyai 37 katil. Jadi keseluruhannya, kita mempunyai 268 katil untuk memberikan rawatan terbaik kepada pesakit dalam kalangan jemaah haji,” katanya kepada wartawan Malaysia di Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji Syisya di sini hari ini.

UTUSAN ONLINE

Comments