Home Tempatan Pastor Hilang, Polis Dituduh Lagi

Pastor Hilang, Polis Dituduh Lagi

SHARE

Kuala Lumpur: Kehilangan Pastor Raymond Koh yang mendapat perhatian media-media liberal pro-Kristian rupanya disebabkan oleh ‘kerja polis’, sesi pendengaran awam Suhakam diberitahu.

Sepertimana yang dilaporkan Malaysiakini, saksi, Roeshan Celestine Gomez mendakwa beliau diberitahu seorang pegawai penyiasat (IO) dalam kes Pastor Raymond Koh bahawa apa yang berlaku adalah sama seperti operasi polis.

Beliau yang memandu Myvi putih yang dilihat mengundur ke belakang dalam video yang dirakamkan cctv yang tular di media sosial tidak berapa lama dulu mendakwa perkara tersebut disampaikan kepadanya oleh pegawai penyiasat dari Pejabat Polis Kelana Jaya, ketika beliau membuat laporan berhubung kejadian tersebut.

“Dia beritahu tidak perlu bimbang kerana kejadian kelihatan seperti modus operandi operasi polis,” kata Gomez semasa sidang pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) lepas.

“(IO) kata kejadian berlaku pada siang hari, berlaku begitu cepat … Dia kata, hakikat bahawa seseorang sedang merakamkan video, dia kata ini sama kaedah operasi polis,” kata Gomez yang merupakan saksi pertama dalam pendengaran Suhakam mengenai kehilangan beberapa individu pada tahun ini.

Pastor Raymond Koh pernah terlibat dengan kes majlis berbuka puasa di Gereja Methodist Damansara Utama yang pernah menjadi kontroversi suatu ketika dulu setelah diserbu pihak berkuasa tempatan kerana melibatkan orang Islam.

Comments