Home Tempatan PAS serah memo bantahan pada kedutaan Amerika

PAS serah memo bantahan pada kedutaan Amerika

SHARE

Pemuda PAS menyerahkan memorandum bantahan terhadap kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara susulan sekatan terhadap rakyat tujuh negara Islam daripada masuk ke negara itu.

Mereka menuntut sekatan sementara itu ditarik balik serta merta kerana langkah mengaitkan Islam dengan keganasan adalah salah sama sekali.

Naib ketua dewan itu Khairul Nizam Khirudin menegaskan Islam adalah agama keamanan.

Trump Jumaat lalu melaksanakan sekatan kemasukan 90 hari terhadap rakyat Iraq, Iran, Somalia, Syria, Libya dan Sudan untuk membendung “keganasan islamis radikal”, serta menggantung program pelarian selama 120 hari.

Pakatan Harapan turut menganjurkan perhimpunan bantahan di kedutaan itu esok tetapi tidak akan disertai PAS yang mempunyai cara sendiri menyatakan rasa tidak puas hati mereka.

Comments