Home Tempatan PAS Pulau Pinang gesa DAP jangan ganggu fatwa

PAS Pulau Pinang gesa DAP jangan ganggu fatwa

SHARE

BUKIT MERTAJAM, 19 Rejab 1438H, Ahad – PAS Pulau Pinang mendesak kerajaan negeri pimpinan parti rasis dan cauvinis DAP, memohon maaf kepada umat Islam kerana campur tangan dalam urusan agama Islam.

Desakan itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusof yang turut menggesa DAP tidak lagi campur tangan dalam fatwa di negeri itu, kerana urusan itu adalah semata-mata untuk umat Islam.

Berucap dalam konvensyen PAS negeri di Kubang Semang dekat sini hari ini, beliau berkata, kerajaan negeri mempunyai 12 anggota Exco, termasuk Ketua Menteri yang bukan Islam, dan hanya tiga daripadanya adalah beragama Islam.

“PAS mahu mereka berhenti daripada mencampuri urusan umat Islam dan menarik balik peraturan setiap fatwa mesti melalui mesyuarat majlis kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata, tiga fatwa yang dkeluarkan oleh negeri lain belum diluluskan di Pulau Pinang dan perkara itu tertangguh kerana kerajaan negeri menganggapnya tidak sesuai.

“Tiga fatwa itu ialah mengharamkan umat Islam mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik, pengharaman sisha, serta urusan tanah wakaf. Fatwa itu tidak membabitkan penganut agama lain, kerana ia hanya terpakai kepada umat Islam,” katanya.

Comments