Home Tempatan Pas – batalkan himpunan balas

Pas – batalkan himpunan balas

SHARE

KOTA BHARU 20 Jan. – Pas mahu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membatalkan hasrat mereka untuk menganjurkan himpunan balas terhadap Himpunan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang akan berlansung secara serentak pada 18 Febuari depan.

Pas - batalkan himpunan balas
Datuk Takiyuddin Hassan

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, himpunan anjuran parti itu bertujuan memberikan penerangan dan mesej secara jelas kepada rakyat termasuk bukan Islam tentang hasrat Kerjaan Kelantan membuat penambahbaikkan dalam enakmen kanun jenayah syariah.

“Kita bimbang NGO ini menggunakan platfrom tersebut untuk menghasut dan situasi itu menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan rakyat terhadap Pas berkaitan dengan isu inj.

“Nasihat saya kepada NGO ini, batalkan hasrat mereka itu. Himpunan Pas ini lebih kepada penerangan dan untuk tunjukan sokongan terhadap usaha yang telah kita lakukan sebelum ini dan ia tidak memberi ancaman kepada sesiapa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan sumbangan Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan (BBBSK) kepada pasukan Piala Presiden Kelantan 2016 di sini malam tadi.

Sumbangan daripada tabung BBBSK itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Datuk ABdul Fattah Mahmood.

Takiyuddin yang merupakan penaunh BBBSK memberitahu, Pas berharap pindaan tersebut akan dibawa sekali lagi ke Parlimen untuk dibaca, dibahas pada Mac ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pas belum bersedia untuk menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi menghadapi PRU 14 nanti.

Katanya, parti itu belum membuat sebarang ketetapan berhubung perkara tersebut dan ia akan dibincang secara lebih mendalam terlebih dahulu bagi melihat impak jika kerjasama itu dilaksanakan.

Utusan Malaysia

Comments