Home Tempatan PAS adil kepada bukan Islam, kata ketua kelab penyokong PAS

PAS adil kepada bukan Islam, kata ketua kelab penyokong PAS

N Balasubramaniam yang juga calon PAS di Parlimen Bentong, berkata pemimpin PAS tidak fanatik, oleh itu orang India diseru tidak terpedaya dengan dakwaan sebaliknya.

SHARE

PETALING JAYA: Pengundi India perlu menyokong calon PAS kerana parti Islam itu adil kepada orang bukan Islam, kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, N Balasubramaniam.

7 Tuntutan Kedaulatan Islam
“Pemimpin PAS tidak fanatik seperti didakwa sesetengah orang. Saya menjadi presiden kelab selama 11 tahun dan mereka menghormati hak beragama saya,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata, 68 orang Cina dan 5 orang India dilantik sebagai pegawai perhubungan untuk berkhidmat kepada komuniti minoriti di Kelantan.

Comments