Home Tempatan Parti Cina DAP Letak Calon Melayu Sebab Nak Pancing Undi Melayu

Parti Cina DAP Letak Calon Melayu Sebab Nak Pancing Undi Melayu

SHARE

Keputusan Parti Cina DAP meletakkan calon berbangsa Melayu bertanding atas tiket DAP bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ianya dilakukan semata-mata untuk menarik sokongan undi orang Melayu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal semalam.

“Tentunya meletakkan seorang pakar undang-undang (dari DAP) tetapi bertanding menggunakan lambang parti lain satu pengesahan dan agenda mereka kini terserlah.

“Yang akan menjadi mangsa adalah PPBM, Amanah dan PKR sendiri kerana sudah hampir pasti kawasan ditandingi DAP diletakkan calon Melayu bertujuan mencari tokoh yang dihajati bagi mengetuai kerajaan negeri,” katanya lagi seperti yang dilaporkan oleh portal tersebut.

Ahmad Zahid mengulas tindakan DAP meletakkan Prof Dr Abdul Aziz Bari untuk bertanding di DUN Tebing Tinggi sebagaimana diumumkan penyandang kerusi DUN itu, Ong Boon Piow baru-baru ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid membuat jangkaan DAP tidak akan menggunakan lambang parti sebaliknya lambang PKR dalam PRU14.

Dalam laporan yang berlainan pula, ahli DAP, Zaid Ibrahim menggelarkan DAP sebagai parti Cina apabila memperkatakan tentang parti DAP yang awal-awal lagi menamakan dua orang calon Menteri jika menang PRU14 kelak sedangkan lain-lain parti Melayu masih belum menamakan sesiapa pun.

Comments