Home Antarabangsa Parlimen Kanada bahas Islamophobia

Parlimen Kanada bahas Islamophobia

SHARE

OTTAWA – KANADA. Penggubal undang-undang Kanada memulakan proses rasmi untuk meluluskan atau menolak usul undang-undang terhadap Islamophobia dan perkauman sistemik.

Menurut media tempatan, perbahasan dalam kalangan penggubal undang-undang mengenai Usul 103 dijalankan sejak kelmarin.

Difahamkan, rang undang-undang yang dicadangkan itu dimasukkan ke dalam usul oleh ahli parlimen Liberal kelahiran Pakistan, Iqra Khalid, Disember lalu.

“Jika diluluskan, rang undang-undang tersebut akan menyelar Islamophobia dan semua bentuk perkauman sistemik serta diskriminasi agama. Saya tidak faham mengapa ramai menentang rang undang-undang ini,” katanya dalam satu ucapan di Dewan Rakyat.

Rang undang-undang tersebut dilihat akan mencadangkan satu rangka kerja bagi jawatankuasa Dewan Rakyat untuk mengkaji bagaimana kerajaan boleh mengurangkan perkauman sistemik, selain mengumpul data tambahan bagi laporan jenayah kebencian.

Kelmarin, Khalid mempertahan usul itu dan menegaskan ia mengenai kajian penting bagaimana menangani isu seperti perkauman dan diskriminasi agama di Kanada, lapor Press TV.

Sinar Online

Comments