Home Antarabangsa Parlimen Greece Benarkan Undang-Undang Syariah Jadi Satu Pilihan

Parlimen Greece Benarkan Undang-Undang Syariah Jadi Satu Pilihan

SHARE

Athens, Greece: Parlimen Greece semalam telah memutuskan untuk membenarkan undang-undang Syariah menjadi salah satu undang-undang pilihan dalam menyelesaikan pertelingkahan keluarga.

Menurut portal Malaysian Insight, Perdana Menteri Greece yang berhaluan kiri, Alexis Tsipras, mengatakan bahawa undian tersebut sebagai satu “langkah bersejarah” di negara minoriti Muslim itu kerana ia “memperluas kesamarataan undang-undang kepada semua rakyat Greek.”

Dalam urusan undang-undang keluarga, rakyat Greece secara amnya akan mencari jalan penyelesaian dengan mufti untuk perkara-perkara seperti perceraian, hak terhadap kanak-kanak dan harta warisan.

Negara Britain menolak untuk menerima Mahkamah Syariah dengan tuduhan sistem Mahkamah Syariah mendiskriminasi wanita terutamanya dalam kes perceraian.

Comments