Home Antarabangsa Palestin minta EU bina keamanan di Timur Tengah

Palestin minta EU bina keamanan di Timur Tengah

SHARE

Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah, pada Khamis meminta Kesatuan Eropah (EU) membina keamanan di Timur Tengah berdasarkan inisiatif yang dibentang oleh Presiden Mahmoud Abbas baru-baru ini, lapor agensi berita China Xinhua.

“Ucapan Presiden Abbas di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) adalah satu jemputan kepada dunia untuk menyumbang kepada keamanan dan penyelesaian dua negara di sempadan 1967.

‘’Abbas memberi peluang kepada masyarakat antarabangsa untuk mencari satu penyelesaian politik yang adil dan seimbang, yang mengakhiri pendudukan (Israel) serta melindungi hak-hak negara kita yang sah,” katanya ketika bertemu duta dan wakil EU di kota Tebing Barat.

Perdana Menteri itu turut menekankan tentang peranan EU dalam mewujudkan keamanan yang adil dengan legitimasi antarabangsa melalui cara yang menjamin hak-hak perundangan Palestin.

Abbas telah membentangkan inisiatif keamanan Palestin bagi menangani masalah asas yang membawa kepada kegagalan usaha damai sejak berdekad dalam sesi khas UNSC pada Selasa.

Pemimpin Palestin itu mencadangkan penganjuran satu persidangan keamanan antarabangsa berdasarkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada pertengahan 2018, yang perlu dihadiri wakil Palestin dan Israel.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments