Home Antarabangsa Palestin gesa ICC siasat segera jenayah perang Israel

Palestin gesa ICC siasat segera jenayah perang Israel

SHARE
RIYAD al-Maliki. - Foto AFP

THE HAGUE: Menteri Luar Palestin semalam menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di sini, membuka siasatan segera terhadap dakwaan jenayah perang dan aparteid dilakukan ke atas penduduknya.

Di tengah ketegangan dengan Israel, menteri itu, Riyad al-Maliki bertemu selama sejam dengan ketua pendakwa raya ICC, Fatou Bensouda di tribunal itu di sini, untuk merujuk situasi di Palestin kepada pejabat beliau.

Katanya, ia adalah satu langkah penting dan bersejarah buat penduduk Palestin yang menderita selama bergenerasi akibat jenayah dilakukan sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa Zionis.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments