Home Antarabangsa Palestin berang AS pindah kedutaan awal

Palestin berang AS pindah kedutaan awal

SHARE

RAMALLAH, 9 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Rakyat Palestin berang apabila mengetahui bahawa Amerika Syarikat akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis dalam beberapa bulan lagi.

Palestin menegaskan, bahagian timur bandar itu adalah ibu kota negara yang akan datang, dan langkah Trump itu juga menimbulkan kemarahan pemimpin politik dan agama Arab di rantau ini.

“Langkah ini tidak dapat diterima, dan sebarang langkah unilateral tidak akan memberi legitimasi kepada sesiapa dan akan menjadi penghalang kepada usaha untuk mewujudkan keamanan di rantau ini,” kata Jurucakap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdainah.

Terdahulu, Abbas telah menolak usaha perdamaian Timur Tengah yang dipimpin AS dan menyifatkannya sebagai mustahil sejak keputusan Presidennya, Donald Trump pada 6 Disember untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, dan memindahkan Kedutaan AS di sana.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments