Home Tempatan Paksa Hukum Islam Ke Atas Bukan Islam Baru Tidak Adil, Bukan Sebaliknya

Paksa Hukum Islam Ke Atas Bukan Islam Baru Tidak Adil, Bukan Sebaliknya

SHARE

KUALA LUMPUR: Hukum hakam Islam sendiri melarang hukuman Islam diguna pakai terhadap orang bukan Islam dan orang Islam tidak boleh persoalkannya kata Peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla.

“Orang Islam tidak boleh persoalkan kenapa orang bukan islam tidak dikenakan hukuman yang sama dengan orang Islam, sebab hukum hakam Islam sendiri tidak membenarkan hukuman Islam diguna pakai terhadap orang bukan Islam secara paksa,” katanya.

“Contohnya, adil jika Hudud hanya digunakan kepada orang-orang Islam, kita tidak boleh kata itu tidak adil sebab hukum Islam itu hanya digunakan terhadap orang Islam sahaja bukan sebaliknya.

“Takkan kita nak paksa hukum Islam terhadap orang bukan Islam itu baru tidak adil,” katanya. Beliau berkata, sebenarnya Perlembagaan yang disusun di Malaysia ini sudah cukup cantik dan tidak ada masalah lagi, masalahnya manusia yang tidak faham dan tak mahu faham atau hanya mendengar cakap dari satu pihak sahaja.

Beliau berkata, mereka tidak boleh mengikut acuan mereka sendiri disebabkan perundangan Islam tidak membenarkan mereka untuk mengikut acuan mereka sendiri.

“Melainkan mereka boleh menubuhkan satu parti dan kuatkan keahlian kemudian menang pilihanraya lalu memerintah negara dan selepas itu bertindak mengubah dasar dan menjadikan Islam bukan agama Persekutuan selain perlu melalui 2/3 kerusi dan itupun kalau mahkamah berpendapat pengubahan itu tidak melanggar stuktur asas Perlembagaan dan bukan itu sahaja malah banyak lagi halangannya sehingga agak mustahil perkara itu dapat dilakukan.”

“Hanya mungkin jika mereka dapat hidup dengan menggunakan 3 nyawa selama tiga ratus tahun lamanya, itu pun belum cukup masa untuk mengubah apa-apa sebenarnya,”katanya.

Diminta mengulas mengenai keputusan debat yang diadakan baru-baru ini, beliau melihat Lukman Sheriff dan Aidil Khalid telah menyampaikan pandangan mereka dengan cukup tepat dan jelas kepada pihak yang berkenaan dan saya bangga dengan cara dan gaya profesional mereka berdua mengenai isu yang dikupas.

Bagaimanapun, di pihak yang satu lagi, kita perlu faham kita sebagai orang Islam apabila kita berhujah, kita berhujah dengan dua perkara dalam minda kita.

“Satu hukum duniawi dan satu hukum akhirat,” katanya.

Menurut beliau, kita berhujah disebabkan kita tahu bahawa hidup kita ini adalah di dunia yang fana dan sementara.

“Kita duduk di dalam satu panggung sementara tiba masa untuk kembali ke sana dan itu perspektif orang Islam yang ada iman walaupun sebesar zarah.”

“Kita cakaplah apa pun, mereka tidak akan dapat menerima sehingga menyebabkan tindak balas hanya disebabkan perspektif berbeza dan penonton akan bertepuk tangan dengan mengikut irama perspektif masing-masing,” katanya.

Comments