Home Antarabangsa Pakistan Haramkan Sambutan Hari Valentine

Pakistan Haramkan Sambutan Hari Valentine

SHARE

Islamabad, Pakistan: Pakistan mengharamkan sebarang acara dan liputan media yang mempromosikan Hari Valentine atau Hari Kekasih untuk tahun kedua berturut-turut selepas mahkamah memutuskan sambutan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam.

Menurut laporan Reuters, pihak berkuasa Pengawalseliaan Media Elektronik Pakistan (PEMRA) telah mengeluarkan arahan berbentuk amaran kepada stesen televisyen dan radio agar tidak menyiarkan sebarang promosi berkaitan Hari Valentine.

“Tiada sambutan yang akan diadakan di peringkat rasmi atau di mana-mana tempat awam,” kata PEMRA.

Larangan itu diperkenalkan oleh Mahkamah Tinggi Islamabad tahun lalu selepas petisyen mengatakan bahawa cuti 14 Februari adalah budaya yang ‘diimport’ dari Barat dan “bertentangan dengan ajaran Islam”.

Sejak kebelakangan ini, lebih 60% golongan muda di negara majoriti Islam yang berusia 30 tahun ke bawah termasuk pertubuhan komersial menyambut Hari Valentine dengan hadiah berbentuk hati, bunga dan coklat.

Terdahulu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata Hari Valentine adalah budaya masyarakat bukan Islam, dan adalah haram sekiranya umat Islam meraikannya.

Menurutnya, hari kasih sayang tidak mempunyai hari-hari tertentu, malah Islam menggalakkan umatnya hari-hari berkasih sayang sesama suami isteri, anak kepada ibu bapanya, ibu bapa kepada anaknya dan seluruh manusia.

Comments