Home Tempatan PADERI WANITA KRISTIAN DALANG ROGOL KANAK-KANAK OKU

PADERI WANITA KRISTIAN DALANG ROGOL KANAK-KANAK OKU

SHARE

Putrajaya: Seorang biarawati ditahan kerana membantu lima orang paderi melakukan ’penderaan seksual’ terhadap puluhan kanak-kanak cacat pendengaran di Sekolah Katolik, Argentina. Kejadian ini hanya diketahui selepas mangsa mengatakan bahawa dia dipaksa oleh biarawati tersebut untuk memakai lampin bagi melindungi kecederaan-kecederaan teruk hasil daripada penderaan seksual.

Kosaka Kumiko, 42, seorang biarawati Roman Katolik dari Jepun telah ditahan atas dakwaan disyaki menolong para paderi sekolah melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di satu sekolah khas untuk remaja cacat pendengaran.

Dia dituduh telah membantu para paderi melakukan perbuatan merogol, meraba dan melakukan seks luar tabii bersama kanak-kanak sekolah berkenaan. Perbuatan keji tersebut dilakukan di bilik air, bilik asrama, taman dan ruang bawah tanah di sebuah sekolah di Lujan de Cuyo, sebuah bandar yang terletak lebih kurang 1000 kilometer ke Barat Laut Buenos Aires.

Kumiko ditahan selepas bekas pelajar sekolah tersebut mendakwa bahawa dia diarah oleh Kumiko untuk memakai lampin setelah dia mengalami pendarahan akibat dirogol oleh Paderi Horacio Corbacho.

“Saya tidak bersalah,” katanya kepada pihak mahkamah dalam mempertahankan dirinya setelah diperintahkan untuk ditahan di penjara wanita sementara pihak detektif menjalankan penyiasatan ke atas tuduhan jenayah terhadap Kumiko.

Selain itu, Kumiko yang mempunyai kerakyatan Argentina juga didakwa atas tuduhan melakukan penderaan fizikal terhadap para pelajar di Institut Antonio Provolo, satu institusi untuk kanak-kanak cacat pendengaran di Barat Laut daerah Mendoza – penderaan yang hanya boleh didengari oleh mereka yang terbabit sekali dek kerana kanak-kanak yang lain cacat pendengaran.

Sekurang-kurangya, seramai 24 orang pelajar dari Institut Provolo tampil ke hadapan bagi mendakwa Corbacho, Nicola Corradi yang merupakan paderi di sekolah yang sama dan tiga orang lagi.

Kanak-kanak di sekolah tersebut memberitahu bahawa dua orang paderi Roman Katolik tersebut telah merogol mereka secara berterusan di sebelah gambar Virgin Mary.

Polis menahan lima yang tertuduh pada bulan November yang lepas. Sewaktu penahanan dilakukan, polis menjumpai majalah-majalah lucah yang keseluruhannya berharga lebih kurang USD 34,000 dalam bilik Corradi.

“Mereka sentiasa berkata bahawa ianya sejenis permainan: “Marilah kita pergi bermain, marilah kita pergi bermain” dan mereka akan membawa kami ke dalam bilik air wanita,” dakwa salah seorang mangsa perempuan yang telah didera di Sekolah Argentina.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama 50 tahun. Corradi sebelum ini telah dituduh di Itali atas kesalahan melakukan penderaan terhadap pelajar-pelajar Institut Provolo, Verona, sebuah sekolah yang terkenal dengan reputasi buruk untuk kanak-kanak cacat pendengaran di mana beratus-ratus kanak-kanak dipercayai telah didera secara seksual selama bertahun-tahun oleh paderi-paderi dan para agamawan Kristian.

Jorge Bordon, Jose Luis Ojeda and Armando Gomez yang merupakan pekerja di sekolah tersebut juga telah ditahan dan berada di bawah pengawasan polis.

Pihak penyiasat sedang meneliti lebih daripada 30 testimoni yang mendakwa paderi-paderi dan pihak pengajar.

Para pelajar institut berkenaan telah menulis surat pada tahun 2014, menamakan Corradi yang berada di negara asal Pope, Argentina – namun mereka tidak mendapat sebarang balasan. Associated Press melaporkan pada tahun 2016 Pope Francis telah berusaha memberi jaminan kepada mangsa-mangsa penderaan bahawa pihak gereja telah mengambil langkah untuk menyelesaikan kes penderaan seksual yang berterusan. Seterusnya, pada bulan Disember 2016, Pope Francis memberi ucapan Hari Krismas menggunakan bahasa isyarat, tahun di mana rakyat Argentina meraikan hari pekak selepas kontroversi penderaan tersebut didedahkan.

 

Comments