Home Tempatan Orang Yang Adil Ialah Yang Mendaulatkan Islam — Sheikh Aminuddin Abdul Rahim

Orang Yang Adil Ialah Yang Mendaulatkan Islam — Sheikh Aminuddin Abdul Rahim

SHARE
Kulim, Kedah: Al Fadil Tuan Guru Ustaz Sheikh Aminuddin Bin Abdul Rahim menegaskan bahawa seseorang yang mendaulatkan Islam adalah orang yang adil manakala orang zalim adalah orang yang tidak berhukum dengan hukum Allah.
Peringatan tersebut dikongsi dalam ucapannya di Deklarasi Ijtima’ Penegasan Kedaulatan Islam (DIPKI) 2018 yang berlangsung baru-baru ini di Dewan Mu’adzam Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah.


7 Tuntutan Kedaulatan Islam
Tokoh agamawan tersebut berkata, “Ayat 45 dalam Suratul-Maidah menyatakan orang yang tidak berhukum dengan hukum Allah, dia orang zalim. Maka orang yang mendaulatkan Islam, dia adalah orang yang adil.”

Beliau juga mengingatkan para pendengar dengan dalil-dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah untuk tidak meninggalkan perundangan Islam sebagai aturcara sistem pentadbiran.
Beliau berkata, “Dalam sebuah ayat dinyatakan ayat 30 surah al-Furqan, Nabi salallahualaihi wasalam menyatakan Ya Allah, Ya Tuhanku, sesungguhnya kaum aku telah menjadikan al-Quran ini sebagai satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai.”
“Dalam kitab Mustika Hadith jilid yang pertama edisi rumi muka surat 21 disebutkan, demikianlah juga amatlah salahnya menerima sebarang undang-undang dan peraturan dan hukum-hakam yang diadakan yang lain daripada Allah, kecuali sekadar yang berdasarkan aturan, kenyataan atau pengajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.,” ujarnya lagi.

Comments