Home Tempatan Orang Islam Tidak Ada Rasa Hormat Terhadap Perlembagaan – Kairos Research Centre

Orang Islam Tidak Ada Rasa Hormat Terhadap Perlembagaan – Kairos Research Centre

SHARE

Petaling Jaya: Pengarah Kristian di Kairos Research Centre, Dr Ng Kam Weng mendakwa bahawa haknya menurut Perlembagaan mungkin akan semakin tidak dihormati oleh birokrasi agama ekoran usaha dan keinginan masyarakat Muslim Malaysia untuk memperkukuhkan kedudukan Mahkamah Syariah di negara ini.

Beliau dilaporkan berkata sedemikian dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Profesor Dr. Peter Riddell yang telah disiarkan oleh Lapidomedia.

“Apa sahaja yang mereka katakan, kita tahu bahawa matlamat akhir mereka adalah hudud. Walaupun tanpa usaha untuk meningkatkan (kedudukan) Mahkamah Syariah baru-baru ini pun, mereka sudah pun mencabuli hak-hak kami. Apatah lagi apabila Mahkamah Syariah ditingkatkan dan langkah-langkah lain menjadikan mereka lebih berani?”

“Rekod menunjukkan mereka tidak ada rasa hormat terhadap hak-hak Perlembagaan saya meskipun dalam sistem Perlembagaan yang sedia ada. Jadi kami tidak ada sebab untuk percaya bahawa mereka akan lakukan lebih baik (dengan Mahkamah Syariah yang telah ditingkatkan) dan malah mereka akan lakukannya dengan lebih teruk.”

Pengarah Eksekutif Kairos Dialogue Network, Eugene Yapp pula mendakwa bahawa usaha meningkatkan kedudukan Mahkamah Syariah ini hanyalah sebuah agenda untuk mengislamkan negara.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meneliti keseluruhan sistem perundangan Syariah, termasuklah meningkatkan taraf Mahkamah Syariah dan mengharmonikan di antara perundangan Syariah dan sivil, sebagai sebahagian agenda Islamisasi.”

Setiausaha Eksekutif Christian Federation of Malaysia, Tan Kong Beng mendakwa agenda Islamisasi ini menyebabkan masyarakat bukan Islam terpaksa menjadi ‘lebih bersopan’ dalam perjumpaan-perjumpaan yang formal.

Setiausaha Agung Council of Churches of Malaysia, Dr Hermen Shastri turut berkongsi pendapat dengan Tan Kong Beng. Beliau mendakwa sikap ‘lebih bersopan’ ini adalah kerana perasaan takut sudah meresap dalam sanubari mereka sehingga mereka tidak berani untuk menunjukkan pendirian mereka secara terang-terangan.

“Terdapat peresapan budaya takut secara berterusan. Bagaimanapun, kamu tidak boleh berterus terang sekiranya mempunyai pendirian yang berbeza.”

Dr Hermen Shastri, individu yang pernah mempertahankan keputusan gereja-gereja mengerahkan penganut-penganut beragama Kristian untuk menyertai himpunan anti-kerajaan BERSIH, mendakwa bahawa Malaysia bukanlah negara Islam. Menurutnya, usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam hanya timbul setelah negara ini diperintah oleh satu kerajaan sahaja buat jangkamasa yang terlalu lama.

“Malaysia tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi sebuah negara Islam. Ini cuma berlaku hanya disebabkan oleh pemerintahan sebuah kerajaan buat jangkamasa yang sangat lama.”

Comments