Home Antarabangsa Operasi Masyair Haji 2017 selesai

Operasi Masyair Haji 2017 selesai

SHARE

MEKAH 5 Sept. – Operasi Masyair yang merupakan kemuncak ibadah haji telah diisytiharkan tamat secara rasminya malam tadi dengan kesemua jemaah haji Malaysia yang berada Mina telah kembali semula ke Mekah lewat petang ini.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman selepas solat isyak di ibu pejabat Tabung Haji bangunan Abraj Al-Janadriyah di sini malam tadi.

“Alhamdullilah, kemuncak operasi haji ini telah dapat dilaksanakan dengan baik. Maka saya sebagai Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, dengan lafaz membesarkan Allah, saya dengan ini mengisytiharkan Operasi Masyair yang menjadi kemuncak kepada operasi haji 1438 hijrah ini ditamatkan dengan sepenuhnya,” katanya di hadapan petugas Tabung Haji yang turut didengar melalui alatan sistem Bravo yang dipakai petugas di beberapa lokasi sekitar Tanah Suci ini.

UTUSAN ONLINE

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut

 

Comments