Home Antarabangsa OPEC dijangka umum potong pengeluaran minyak mentah

OPEC dijangka umum potong pengeluaran minyak mentah

SHARE

DOHA, 29 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dijangka bersetuju mengurangkan pengeluaran minyak dalam usaha mengekalkan harga pada paras tinggi.

Wakil daripada negara anggota OPEC yang akan bersidang di Vienna hari ini dijangka membuat keputusan itu berikutan kedudukan harga minyak mentah dunia sekarang.

Beberapa jam sebelum mesyuarat bermula, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa OPEC dan sekutunya untuk terus mengekalkan pengeluaran minyak pada tahap lebih tinggi, supaya harganya lebih rendah.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments