Home Tempatan Norhayati Kaprawi: Dr Zakir Naik Menghina Agama Hindu

Norhayati Kaprawi: Dr Zakir Naik Menghina Agama Hindu

SHARE

Kuala Lumpur: Bekas Pengurus Program Sisters in Islam (SIS) Norhayati Kaprawi tidak berpuas hati kerana tiada tokoh agamawan yang ke hadapan untuk memprotes ucapan-ucapan Dr Zakir Naik, yang disifatkannya sebagai ‘hate speech’.

Norhayati Kaprawi berkata sedemikian dalam sesi soal jawab forum ‘Islam, Jihad dan Demokrasi’ di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Mana dia orang-orang Islam, tokoh-tokoh agama yang protes tentang ucapan-ucapan Zakir Naik yang menghina agama Hindu?”

Ahli Lembaga Pengarah FINAS tersebut juga tidak berpuas hati kerana ramai masyarakat Muslim Malaysia dikatakan mencela tindakan Siti Kasim dan beberapa aktivis Muslim yang bersama-sama kumpulan Hindraf menyaman kerajaan Malaysia bagi mendesak agar Dr Zakir Naik diusir dari negara.

“Dalam isu Zakir Naik, semuanya mengutuk Siti Kasim dan kumpulan yang pergi ke mahkamah baru-baru ini kerana memfailkan (saman) terhadap Zakir Naik, terhadap ‘hate speech’ Zakir Naik.”

“Yang saya pelik lagi, tokoh agama yang dilihat sebagai progresif dalam banyak hal, dia pula macam mencela Siti Kasim. Kenapa pula orang Islam macam Siti Kasim, Asiah Abd Jalil, kenapa dia orang pula yang sibuk-sibuk nak pergi (memperjuangkan) pasal isu, sedangkan dia sendiri (tokoh agama tersebut) banyak bercakap tentang isu keharmonian antara agama, antara kaum?”

Norhayati Kaprawi turut mengutuk kerajaan Malaysia kerana telah memberi pelbagai bantuan dan pengiktirafan kepada Dr Zakir Naik, termasuklah memberi gelaran Tokoh Maal Hijrah dan memberi kemudahan untuk beliau memberi ceramah dakwahnya di merata tempat dalam negara pada tahun lepas.

Comments