BAITULMAQDIS, 23 Jamadilakhir 1439H, Ahad – ‘No Man’s Land’ adalah tanah yang diduduki dan diceroboh oleh rejim pengganas Israel, kata Pegawai Jabatan Hal Ehwal Perundingan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Ashraf Khatib.
Beliau mengulas rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk mendirikan bangunan kedutaannya di atas sebidang tanah yang didakwa sebagai tidak dimiliki oleh mana-mana pihak atau negara.
Washington Post sebelum ini, melaporkan AS akan mewujudkan kedutaannya di satu kawasan tanah di antara Baitulmaqdis Timur dan Baitulmaqdis Barat, yang kononnya tidak dimiliki mana-mana pihak atau negara.
Bagaimanapun, undang-undang antarabangsa mengatakan kawasan itu adalah wilayah yang diceroboh dan diduduki secara haram.
Untuk berita penuh sila klik di sini