Home Tempatan “Nisha Sebenarnya Tidak Mempertahankan LGBT” – Nisha Ayub

“Nisha Sebenarnya Tidak Mempertahankan LGBT” – Nisha Ayub

SHARE

Temubual bersama Nisha Ayub sempena sambutan Hari Nisha Ayub pada 5 April 2017 akan datang, di Kuala Lumpur.

Aktivis Transgender Tempatan, Nisha Ayub yang diberi pengiktirafan melalui Anugerah Wanita Berani Antarabangsa oleh Amerika Syarikat (AS) pada 2016, bakal menyambut “Hari Nisha Ayub” sempena hari ulang tahun kelahirannya pada 5 April ini, di Kuala Lumpur.

Menara.my (WM) berkesempatan mewawancara beliau yang juga Pengasas bersama dua NGO untuk kebajikan dan kesedaran transgender SEED dan Justice for Sisters, selain merupakan wanita transgender pertama diiktiraf dengan anugerah tersebut. Nisha turut diiktiraf dengan dua lagi anugerah antarabangsa iaitu Anugerah Asia LGBT Milestone dan daripada Human Rights Watch tahun lepas, di San Diego.

WM: Apakah perjuangan dan harapan Nisha Ayub dalam isu LGBT di Malaysia?
NISHA AYUB: Satu perkara yang Nisha perlu tekankan di sini ialah, Nisha sebenarnya tidak mempertahankan LGBT, sebab Nisha lebih fokus kepada isu “transwoman” ataupun “transgender people” iaitu golongan maknyah.

WM: Boleh Nisha terangkan mengapa?
NISHA AYUB: Sebabnya sekarang isu LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual & Transgender Community) ini telah dipolitikkan di Malaysia selain lebih banyak menonjolkan imej negatif golongan LGBT.

WM: Jadi, apa agenda Nisha?
NISHA AYUB: Apa yang Nisha mahu semua tahu ialah agenda Nisha di Malaysia satu sahaja iaitu memperjuangkan hak sama rata bagi golongan-golongan makyah di sini.

WM: Apakah Objektif perjuangan Nisha sebenarnya?
NISHA AYUB: Nisha tidak memohon apa-apa Hak Keistimewaan (Special Rights) tetapi cuma mohon hak sama rata sahaja supaya komuniti makyah ini diterima sebagai salah satu golongan di Malaysia dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa seperti kebanyakkan golongan-golongan lain di Malaysia.

WM: Benarkah transgender makin diterima di Malaysia?
NISHA AYUB: Alhamdulillah, golongan trandsgender yang sebelum ini dipandang negatif oleh segelintir masyarakat di Malaysia kini sudah semakin boleh diterima oleh segelintir rakyatnya yang semakin berfikiran terbuka.

WM: Bagaimana perasaan Nisha apabila lebih dihargai di Amerika Syarikat (AS) berbanding Malaysia?
NISHA AYUB: Off course la terkilan sebab di AS pun kita diterima sebagai seorang transgender, kita tidak tertindas di sana, tetapi apabila pulang ke Malaysia kita kurang diterima. Bagaimanapun, Nisha masih rasa diterima oleh keluarga, rakan-rakan dan segelintir masyarakat.

WM: Sambutan Hari Nisha Ayub tahun ini macam mana? Meriah?
NISHA AYUB: Sepatutnya saya akan ke San Diego, tetapi perkara itu terpaksa di postpone disebabkan oleh pertukaran presiden Barack Obama kepada Donald Trump. Jadi tahun ini kita akan sambut di Malaysia sahaja, kerana berbetulan sambutan Hari Nisha Ayub adalah sempena hari ulang tahun kelahiran Nisha. Walaubagaimanapun Nisha tetap berterima kasih kepada kerajaan AS kerana membina platform untuk Nisha menyokong hak transgender dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Nisha sehingga Nisha berada di tahap ini.

WM: Bagaimana dengan kemenangan Trump sebagai Presiden AS adakah Nisha masih diterima di AS terutama sebagai ‘Muslimah’ sebab Trump hendak menghalang Muslims masuk AS?
NISHA AYUB: Umum mengetahui, selepas Trump dinobatkan sebagai Presiden AS kemudian menampilkan imej pemerintahan Anti Islam, sedikit sebanyak hal itu memalapkan sementara sambutan Hari Nisha Ayub di sana. Kita tahu Trump sememangnya tidak berapa sokong orang-orang Islam serta apa-apa perkara yang melibatkan Islam. Dalam masa yang sama Nisha yang berasal dari Malaysia dan beragama Islam ini turut terkena tempias dan berkemungkinan juga pihak presiden itu akan mempunyai pandangan yang sama terhadap Nisha. Tetapi bagi Nisha itu tidak penting, Nisha rasa masih selesa dan diterima selain tetap berbangga jadi rakyat Malaysia dan United Kingdom(UK).

WM: Perkembangan terbaru Nisha Ayub? Masih dengan Justice for Sisters?
NISHA AYUB: Sebenarnya Justice for Sisters itu, kami cuma asalnya satu kumpulan mendaki bukit, tetapi dari segi memberi informasi dan turut berjuang kepada golongan makyah dan hak dari segi undang-undang. Tetapi Nisha lebih aktif dengan pertubuhan SEED yang lebih kepada pembangunan komuniti, kebajikan serta cuba mewujudkan persekitaran yang lebih positif kepada komuniti gelandangan, di sini.

WM: Di sini maksud Nisha di mana, di Malaysia?
NISHA AYUB: Ya di Malaysia, di Kuala Lumpur.

WM: Apa program atau perancangan terbaru SEED?
NISHA AYUB: Program terbaru SEED ialah kita akan membuka sebuah Shelter (pusat perlindungan) untuk golongan gelandangan terutama golongan makyah, sebab di Malaysia belum ada lagi sebuah shelter kerana kebanyakkan golongan-golongan maknyah yang berusia mereka tidak ada tempat untuk pergi dan berlindung.

WM: Apa Perasaan Nisha Ayub apabila masyarakat belum boleh menerima sepenuhnya golongan transgender seperti Nisha sendiri yang dikaitkan dengan sakit mental dan sebagainya?
NISHA AYUB: Perjuangan Nisha sudah masuk 5 tahun kebelakangan ini, memang pada awalnya Nisha tengok amat sukarlah, amat sedih, masyarakat memberi tanggapan negatif, persepsi yang biasa ialah kutuk-mengutuk, memandang serong dan sebagainya. Tetapi kini segalanya sudah berubah sebenarnya, ada masyarakat yang semakin memahami serta prihatin dan ada juga segelintir yang tidak kisah pun. Nisha sendiri sering menerima jemputan untuk berucap di majlis anjuran agensi-agensi prihatin serta Universiti-universiti tempatan bagi membicarakan isu-isu berkenaan transgender ini. Jelas sehingga kini Nisha perhatikan masyarakat kita sudah semakin boleh menerima kehadiran kami golongan maknyah, terutamanya the young generation. Mereka sudah boleh menerima dan berfikiran terbuka bagi mendengar isu-isu mengenai transgender ini dengan lebih positif.

WM: Apa nasihat Nisha bagi menangkis padangan masyarakat yang gemar memandang secara negatif golongan maknyah?
NISHA AYUB: Dalam perkara ini kita perlu beralih dan melihat kepada dua pihak bukan hanya kepada golongan masyarakat sahaja tetapi golongan komuniti maknyah sendiri juga perlu memainkan peranan penting. Bagi komuniti kita perlu menampilkan imej yang lebih positif daripada negatif selain berinteraksi dengan masyarakat membawa mesej yang baik agar masyarakat boleh menerima kita. Manakala bagi masyarakat pula Nisha sarankan mereka datang kepada komuniti kita sendiri tanpa mendengar dari pihak lain. Masalahnya sekarang ialah sesetengah masyarakat akan memberi tanggapan atau persepsi negatif disebabkan mendengar khabar dari pihak ketiga. Masyarakat perlu faham komuniti transgender di Malaysia ini bukan sahaja daripada golongan maknyah beragama Islam tetapi ada juga golongan maknyah beragama Hindu, Buddha, Kristian dan kita juga mempunyai berbilang kaum dan jelas isu ini bukan sahaja untuk golongan maknyah Islam tetapi merangkumi maknyah semua agama dan bangsa di dalam satu Malaysia.

WM: Baiklah Nisha, terima kasih atas kesudian pihak anda untuk ditemubual?
NISHA AYUB: Sama-sama, terima kasih kembali.

Comments