Home Tempatan Nilai pewaris khalifah Allah

Nilai pewaris khalifah Allah

SHARE

LELAKI dewasa dibunuh, wanita dirogol, manakala kanak-kanak diperlaku kejam termasuk dibunuh tanpa belas kasihan. Begitulah gambaran yang berlaku terhadap mangsa kekejaman tentera Serbia di Bosnia.

Di sebalik usaha bagi merebut sempadan negara, penindasan yang mengakibatkan lebih 200,000 penduduk terkorban itu hakikatnya dilakukan untuk menghapuskan umat Islam di negara Semenanjung Balkan tersebut.

Berpeluang menjejakkan kaki ke Bosnia dan berkongsi kisah duka bersama keluarga mangsa yang terselamat, memberi kesan paling bermakna kepada pendakwah bebas, Asni Mansor tentang berharganya nilai zuriat keturunan umat Islam.

Beliau yang mengikuti misi bantuan kemanusiaan, ‘Misija 4 Bosnia’ ke Bosnia dan Herzegovina dalam program anjuran Islamic Releif Malaysia (IRM) mengakui tragedi yang berlaku 26 tahun lalu itu masih meninggalkan kesan trauma kepada rata-rata keluarga mangsa.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments