Home Tempatan NHRAP bukti komitmen Malaysia pelihara hak asasi manusia

NHRAP bukti komitmen Malaysia pelihara hak asasi manusia

SHARE

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini melancarkan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP) sebagai bukti komitmen Malaysia memastikan hak asasi manusia di negara ini terjamin dan terpelihara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelan itu akan menjadi landasan utuh dalam mentransformasikan usaha kerajaan bagi memperkukuh hak asasi manusia di negara ini.

Menurutnya, ia juga selari dengan agenda dan visi Transformasi Nasional 2050 (TN50), melalui pendekatan bawah ke atas, yang mengumpulkan pandangan, maklum balas dan aspirasi rakyat bagi  memastikan kejayaan pelaksanaannya.

“Lebih membanggakan lagi, NHRAP yang dibangunkan ini adalah pelan yang komprehensif, dengan mengambil kira aspirasi rakyat dan berdasarkan acuan Malaysia,” katanya semasa melancarkan pelan itu di Perdana Putra, di sini, hari ini.

Najib berkata, dokumen NHRAP yang dibangunkan mengikut piawaian antarabangsa, dengan merujuk garis panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggariskan lima teras utama.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments