Home Tempatan NGO Melayu Halang Perarakan Pro-LGBT Dilapor Polis

NGO Melayu Halang Perarakan Pro-LGBT Dilapor Polis

SHARE

Melaka: Kuala Lumpur: Beberapa NGO Melayu yang cuba menghalang perarakan berunsur pro-LGBT di Kuala Lumpur baru-baru ini telah dituduh sebagai pengganggu perarakan dan dilaporkan kepada pihak polis oleh jawatankuasa penganjur Women’s March.

Menurut Malaysiakini, sambil merakam, seorang lelaki meneriak kata-kata “Kami anti-LGBT. Kami menentang LGBT. Allahuakbar” dan “LGBT tidak dibenarkan dalam Malaysia. Kita bukan negara liberal” ke arah peserta yang terlibat dalam perarakan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia di tengah kota raya Kuala Lumpur itu.

Video itu kemudiannya dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook dengan nama “Ridzuan Radin Tiger Alan” atau “Alan Ridzuan Radin” yang mendakwa dirinya seorang ahli exco Pemuda UMNO cawangan.

Alan Ridzuan juga memuat naik beberapa keping gambar beserta teks bahawa beberapa orang yang dilihat dalam video telah membuat laporan polis membantah perhimpunan “haram” beberapa hari lepas yang dihadiri oleh golongan “pro-LGBT liberal”.

Butir-butir peribadi orang yang membuat laporan itu yang mengaku dirinya sebagai Presiden Persekutuan Melayu Bugis Se-Malaysia dan beberapa NGO lain bagaimanapun telah dikaburkan dalam imej yang dimuat naik.

Tambah Alan lagi, para peserta perarakan sebenarnya berlindung di sebalik agenda hak asasi manusia. Ini kerana mereka sebenarnya (sedang) memprotes sistem pentadbiran, (cuba) membawa pluralisme agama dan amalan LGBT ke dalam negara ini.

Aktivis iPeguam, Danial Ariff Shaari sebelum ini menegaskan bahawa normalisasi LGBT mampu memberi kesan konflik baharu di negara kita khususnya daripada aspek perundangan. Bahkan, ia juga menambahkan kecelaruan nilai dan pegangan malah menjurus ke arah keruntuhan institusi keluarga.

Comments