Home Tempatan NGO Islam jadi kumpulan semak, imbang dasar kerajaan

NGO Islam jadi kumpulan semak, imbang dasar kerajaan

SHARE
GAMBAR fail, Presiden Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid (tengah) bersama peserta selepas mesyuarat tergempar Ulama Asia dan NGO Islam mengenai nasib umat Islam Rohingya di Hotel Carlton Holiday Sek 13 Shah Alam. - Foto Rosdan Wahid

KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam perlu berperanan sebagai kumpulan semak dan imbang yang profesional serta berilmu terhadap semua polisi kerajaan berkaitan kepentingan agama dan ummah di negara ini.

Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), Dr Roslan Mohd Nor, berkata keupayaan memainkan peranan itu penting untuk memastikan Islam terpelihara mengikut konteks maqasid syariah (tujuan syariah) yang sebenar.

“Antara peranannya adalah bertindak sebagai agen perubahan dalam memberi kesedaran dan mendidik masyarakat berkaitan dengan hal keagamaan.

“Perubahan yang kita lakukan dalam masyarakat mestilah tidak lari daripada tuntutan syariat seperti apabila kita diminta memahami kehidupan beragama dalam masyarakat, maka keutamaan mesti dalam menjaga kepentingan Islam.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments