Home Tempatan New Zealand kagum pendekatan anti keganasan Malaysia

New Zealand kagum pendekatan anti keganasan Malaysia

SHARE
PUTRAJAYA 01 MARCH 2017. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Peguam Negara New Zealand, Chris Finlayson di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. NSTP/FARIZ ISWADI ISMAIL

PUTRAJAYA: New Zealand kagum dengan kemahiran serta pendekatan Malaysia berhubung anti keganasan selain proses deradikalisasi dan meminta bantuan negara bagi mengadakan latihan dalam bidang berkenaan.

Permintaan itu disampaikan Peguam Negara merangkap Menteri bertanggungjawab ke atas Agensi Risikan Keselamatan New Zealand, Christopher Finlayson, yang melakukan kunjungan hormat ke pejabat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di sini hari ini.

Difahamkan, dalam perjumpaan hampir sejam itu, pihak New Zealand turut berminat mempelajari pengalaman Malaysia dalam membanteras jenayah siber.

Selain itu, isu berkepentingan dua hala dalam sektor perdagangan, pelaburan, pendidikan, pertahanan dan hubungan antara rakyat kedua-dua negara turut dibincangkan.

Beberapa acara seperti pertandingan mencipta logo, kunjungan dua hala, forum dan pelbagai lagi turut dicadangkan sebagai pengisian sempena acara sambutan ulang tahun ke-60 jalinan hubungan diplomatik Malaysia-New Zealand tahun ini.

Berita Harian

Comments