Home Antarabangsa Netanyahu enggan henti bina penempatan

Netanyahu enggan henti bina penempatan

SHARE
Benjamin Netanyahu

TEL AVIV – PALESTIN . Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar meneruskan usaha membina unit penempatan baharu dan menegaskan, rejim Tel Aviv tidak mempunyai rancangan untuk mengehadkan pembinaan di Baitulmaqdis Timur.

Netanyahu berkata, penempatan baharu akan dibina untuk menggantikan kawasan Amona, yang dibakar bulan lalu selepas Mahkamah Agung Israel memutuskan struktur yang dibina di atas tanah persendirian milik rakyat Palestin perlu dipindahkan.

“Kepada penduduk di Amona, saya ulang, saya memberi komitmen untuk membina penempatan baharu dan saya akan hormati arahan ini,” katanya.

Difahamkan, kenyataan tersebut dibuat kurang seminggu selepas Netanyahu memberitahu beliau akan menunaikan janjinya untuk membina penempatan baharu di Tebing Barat buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun. – Press TV

Sinar Online

Comments