Home Antarabangsa Negara Sekular India Haramkan Sembelihan Kerbau

Negara Sekular India Haramkan Sembelihan Kerbau

SHARE

Putrajaya: Negeri Uttar Pradesh di India, mula mengharamkan sembelihan kerbau di beberapa rumah sembelihan sekitar negeri tersebut. Walaupun pihak kerajaan telah memberi jaminan bahawa hanya rumah sembelihan yang tidak berlesen sahaja yang akan terkesan dengan tindakan kerajaan negeri tersebut manakala rumah-rumah sembelihan yang berlesen akan dikecualikan, lapor sebuah portal tempatan India.

Tetapi ramai pengusaha industri sembelihan daging kerbau melaporkan terdapat sepuluh kilang pemprosesan daging sembelihan sudah ditutup. Sebuah kilang, Meerut Al Aqsa dikatakan sengaja ditutup oleh penguasa kerajaan tanpa sebarang sebab munasabah.

Tindakan itu dikatakan satu usaha untuk menekan kelompok majoriti pengusaha industri sembelihan.  Penganut agama Hindu juga dikatakan terkesan dengan tindakan yang diambil kerajaan tersebut. Ankur, salah seorang pekerja di Meerut Al Aqsa kesal kerana beliau, seorang Hindu, seperti 30% pekerja di kilang tersebut, hilang punca pendapatan apabila kilangnya secara tiba-tiba ditutup.

Perkembangan ini membawa kerisauan kerana ianya melibatkan jumlah pekerja yang ramai. Dilaporkan, seramai 250,000 orang pekerja bakal terkesan dengan tindakan kerajaan BJP itu. Tiga hari lepas, Hindustan Times melaporkan BJP MLA daripada Khautali di Uttar Pradesh, Vikram Saini akan mematahkan kaki dan tangan sesiapa yang tidak menghormati dan menyembelih lembu.

Sejak perlantikan Yogi Adityanath sebagai Ketua Menteri yang baru, beberapa buah rumah sembelihan telah ditutup dan kedai-kedai menjual daging dibakar samseng.

Comments