Home Antarabangsa Negara pembuli hendak tutup pejabat Palestin di Washington

Negara pembuli hendak tutup pejabat Palestin di Washington

SHARE

WASHINGTON, 30 Zulhijjah 1439H, Selasa – Negara pembuli, Amerika Syarikat (AS), terus memberi tekanan kepada rakyat Palestin, apabila berita terbaharu melaporkan bahawa, sekutu kuat rejim pengganas Israel itu, bakal menutup pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di sini, dan menghentikan dana kepada pergerakan itu.

The Wall Street Journal (WSJ) memetik pegawai AS sebagai berkata, pengumuman mengenai tindakan itu akan dibuat Isnin, sehari selepas sambutan ulang tahun ke-15 ‘Surat Pengiktirafan Bersama’ antara Palestin dan Israel yang ditandatangani pada 9 September 1993.

Ini adalah tindakan terbaharu pentadbiran Presiden Donald Trump, selepas seminggu mengumumkan AS akan memotong bantuan ekonomi berjumlah AS$200 juta kepada rakyat Palestin.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments