Home Antarabangsa Negara Islam perlu sepakat banteras rejim Bashar, sekutu

Negara Islam perlu sepakat banteras rejim Bashar, sekutu

Aman Palestin gesa tindakan keras di peringkat antarabangsa

SHARE

BANGI, 20 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Kesepakatan dan kerjasama negara-negara Islam diperlukan untuk membanteras tindakan kejam rejim Bashar al-Assad ke atas rakyat Syria, terutama di Timur Ghouta.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Awang Suffian Awang Piut berkata, tragedi menyedihkan di wilayah itu sudah cukup membuktikan bahawa umat Islam di seluruh dunia perlu bangkit menyuarakan isu penindasan rakyat di Syria.

“Saudara kita diseksa, dibom, ditembak dengan sengaja hanya kerana menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin yang tidak adil.

“Namun, pada akhirnya mereka menjadi mangsa kepada pemimpin yang tidak berperikemanusiaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments