Home Antarabangsa Nautical Aliya tinggalkan Yangon

Nautical Aliya tinggalkan Yangon

SHARE
KAPAL kemanusiaan Nautical Aliya akan belayar keluar dari Pelabuhan Yangon ke Chittagong jam 12.15 tengah hari waktu tempatan (1.45 petang waktu Malaysia), hari ini. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

YANGON: Kapal kemanusiaan Nautical Aliya akan belayar keluar dari Pelabuhan Yangon ke Chittagong jam 12.15 tengah hari waktu tempatan (1.45 petang waktu Malaysia), hari ini.

Proses pemunggahan tiga kontena dan 20 beg jumbo merangkumi 10,000 kit kebersihan, 50,000 pek mi segera dan 12,000 botol air galian mengambil masa kira-kira 12 jam berakhir jam 4 pagi tadi waktu tempatan.

Berat keseluruhan barang diturunkan dari Nautical Aliya mencecah 200 tan, tidak termasuk 300 tan beras yang dibeli di Yangon.

Nautical Aliya membawa 2,300 tan makanan dan ubat-ubatan untuk disalurkan kepada pelarian etnik Rohingya di Rakhine, Myanmar dan Bangladesh.

Misi kemanusiaan itu disertai 184 aktivis dan sukarelawan dari 12 negara dianjurkan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan sokongan NGO ASEAN dan antarabangsa.

Berita Harian

Comments