Home Antarabangsa Nautical Aliya tiba di Pelabuhan Yangon

Nautical Aliya tiba di Pelabuhan Yangon

SHARE
NAUTICAL Aliya berlabuh di Yangon malam ini menanti menurunkan barang esok. - Foto Syed Azwan Ali

Yangon: Kapal Nautical Aliya yang dalam misi flotila kemanusiaan selamat tiba di Pelabuhan Yangon jam 11.15 malam waktu Malaysia.

Kapal dengan muatan 2,300 tan bantuan kemanusiaan menurunkan sauh di kawasan “pilot station” kira-kira 10 batu nautika dari dermaga.

Ia kini menurunkan sauh dan menunggu kelulusan untuk masuk ke dermaga pagi esok.

Ketua misi flotila, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata kapal Nautical Aliya dengan 201 penumpang dan krew menunggu keadaan air pasang pada pagi esok sebelum masuk ke kawasan Dermaga.

Esok satu majlis ringkas penyerahan 500 tan bantuan kemanusiaan, termasuk 300 tan beras akan diadakan di kawasan pelabuhan.

Hanya 30 aktivis dan sukarelawan, termasuk 15 wakil media dibenar turun ke daratan sebelum Nautical Aliya belayar ke Chittagong, Bangladesh.

Berita Harian

Comments