Home Antarabangsa Nautical Aliya lewat dua jam berlabuh

Nautical Aliya lewat dua jam berlabuh

SHARE
PARA sukarelawan misi kemanusiaan 'Food Flotilla For Myanmar' membantu memasang bendera di atas Kapal Nautical Aliya sebelum majlis penyerahan 500 tan metrik barangan bantuan kepada etnik Rohingya di Myanmar hari ini. -Foto BERNAMA

YANGON: Kapal flotila kemanusiaan, Nautical Aliya akan berlabuh dan menurunkan penumpang di Myanmar International Terminal Thilawa (MITT) di Pelabuhan Yangon.

Bagaimanapun, ia dijangka tiba di MITT yang juga terminal pelbagai guna, jam 3 petang waktu tempatan (4.30 petang waktu Malaysia) iaitu lewat dua jam daripada jadual asal.

Ketika ini, Nautical Aliya menaikkan sauh dan belayar ke kawasan di mana malim pelabuhan naik dan mengemudi Nautical Aliya berlabuh di MITT.

Malim pelabuhan sepatutnya naik ke atas kapal kemanusiaan itu jam 10 pagi, tetapi ditunda 12 tengah hari waktu tempatan.

Nautical Aliya yang diiringi sebuah kapal tentera laut Myanmar tiba di kawasan pelabuhan jam 11.15 malam semalam.

Kapal yang dinaiki 184 aktivis dan sukarelawan daripada 12 negara dengan 2,300 tan bantuan kemanusiaan akan menurunkan 500 tan makanan dan minuman yang akan disalurkan kepada etnik Rohingya di Rakhine, Myanmar.

Berita Harian

Comments