Home Tempatan Nautical Aliya kembali ke tanah air

Nautical Aliya kembali ke tanah air

SHARE
KAPAL kemanusiaan Nautical Aliya. - Foto Muhammad Sulaiman

PELABUHAN KLANG: Kapal kemanusiaan Nautical Aliya selamat berlabuh di Boustead Cruise Centre di sini 9.55 pagi ini selepas belayar menghantar bantuan kepada etnik Rohingya sejak 3 Februari lalu.

Ketibaan 183 sukarelawan misi Food Flotilla For Myanmar disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan beberapa menteri Kabinet lain.

Lebih 300 ahli keluarga dan kenalan menunggu sukarelawan.

Kapal itu menghantar 2,300 tan makanan dan ubat-ubatan kepada pelarian Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh.

Berita Harian

Comments