Home Antarabangsa Nautical Aliya hampiri Teluk Benggala

Nautical Aliya hampiri Teluk Benggala

SHARE
KAPAL Nautical Aliya yang dalam misi pelayaran ke Chittagong, Bangladesh, dijangka tiba di Teluk Benggala, petang ini. - Foto Muhammad Sulaiman

Perairan Myanmar: Kapal Nautical Aliya yang dalam misi pelayaran ke Chittagong, Bangladesh, dijangka tiba di Teluk Benggala, petang ini.

Ketika ini, kapal dengan muatan lebih 2,000 tan makanan dan ubat-ubatan belayar dengan kelajuan 8.2 knot dan masih dalam kawasan perairan Myanmar menghala ke Bangladesh.

Nautical Aliya dijangka tiba di Teluk Benggala jam 4 petang waktu tempatan (5.30 petang waktu Malaysia).

Kapal kemanusiaan dari Malaysia meninggalkan Pelabuhan Yangon jam 1.20 tengah hari waktu Myanmar semalam selepas menurunkan 500 tan bantuan kemanusiaan, termasuk 300 tan beras.

Semua bantuan yang diserahkan kepada wakil Kerajaan Myanmar akan disalurkan kepada kelompok terjejas di wilayah konflik Rakhine, khususnya etnik Rohingya.

Misi kemanusiaan itu dianjurkan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) disokong 31 badan bukan kerajaan (NGO) ASEAN dan antarabangsa.

Nautical Aliya kini belayar ke Chittagong, Bangladesh untuk menyalur bantuan kepada pelarian etnik Rohingya di kem pelarian sekitar Cox’s Bazar.

Berita Harian

Comments