Home Antarabangsa Nautical Aliya dilencong ke Cox’s Bazar

Nautical Aliya dilencong ke Cox’s Bazar

SHARE
PELABUHAN KLANG 03 FEBRUARY 2017. Kapal Nautical Aliya yang membawa makanan, ubat-ubatan, sukarelawan , media dan ngo tiba untuk majlis pelepasan Misi Food Flotilla di Cruise Centre, Pelabuhan Klang. STR/MUHAMMAD SULAIMAN

TELUK BENGAL: Kapal Nautical Aliya yang dalam pelayaran ke Chittagong dilencongkan ke Cox’s Bazar oleh kapal tentera laut Bangladesh sebentar tadi.

Ia kini diiring dan dikawal empat kapal tentera Bangladesh dan menurunkan sauh kira-kira 3.5 batu nautika dari Cox’s Bazar.

Difahamkan, kapal Nautical Aliya tidak dibenarkan meneruskan pelayaran ke Chittagong.

Nautical Aliya dalam pelayaran ke Chittagong untuk menyalurkan lebih 2,000 tan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya.

Ia belayar dari Yangon, Myanmar, Jumaat lalu selepas menyalurkan 500 tan bantuan kemanusiaan kepada kelompok terjejas di Rakhine.

Berita Harian

Comments