Home Tempatan Nautical Aliya belayar ke Chittagong esok

Nautical Aliya belayar ke Chittagong esok

SHARE
KAPAL Nautical Aliya. - Foto Muhammad Sulaiman

YANGON: Kapal Nautical Aliya akan belayar ke Chittagong, Bangladesh jam 10 pagi waktu tempatan (11.30 pagi waktu Malaysia) esok.

Ketika ini, proses pemunggahan tiga kontena dan 20 beg jumbo merangkumi 50,000 pek mi segera, 12,000 botol air galian dan 10,000 kit kebersihan yang akan disalurkan kepada pelarian etnik Rohingya di Rakhine, masih berlangsung.

Proses pemunggahan barangan dari kapal Nautical Aliya di Terminal Antarabangsa Thilawa Myanmar (MITT) bermula jam 5 petang tadi, waktu tempatan.

Ketua misi flotila yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata flotila diberi tempoh 24 jam untuk menurunkan barang sebelum meneruskan pelayaran.

Nautical Aliya dengan muatan 2,300 tan bekalan kemanusiaan tiba di Pelabuhan Yangon semalam.

Misi flotila anjuran KP1M dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) disokong 31 badan bukan kerajaan (NGO) ASEAN dan antarabangsa.

Berita Harian

Comments