Home Antarabangsa Nautical Aliya akan berlabuh di Chittagong

Nautical Aliya akan berlabuh di Chittagong

SHARE
DATUK Seri Abdul azeez Abdul Rahim pada sidang media di Program Misi Food Flotilla For Myanmar. - Foto Syarafiq Abd Samad

PERAIRAN MYANMAR: Kapal Nautical Aliya yang dalam misi pelayaran kemanusiaan membantu etnik Rohingya dijangka berlabuh di Pelabuhan Chittagong pada Ahad ini.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat sekretariat flotila 12 negara yang dipengerusikan ketua misi flotila, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di atas Nautical Aliya sebentar tadi.

Ini bermakna kapal diterajui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia dengan 2,300 tan makanan dan ubat-ubatan tiba lewat dari jadual asal pada Sabtu ini.

Nautical Aliya sepatutnya berlabuh di Teknaf sebaliknya diberi pilihan berlabuh di Chittagong, St.Martin atau Kutubdia kerana kedalaman di Teknaf tidak boleh menampung kapal sebesar Nautical Aliya.

Flotila kemanusiaan dianjurkan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), disokong 31 NGO ASEAN dan antarabangsa.

Berita Harian

Comments