Home Tempatan Nasihat mufti cara tangani penyakit anjing gila

Nasihat mufti cara tangani penyakit anjing gila

SHARE

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengucapkan syabas dan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyelesaikan isu anjing gila atau ‘rabies’, baru-baru ini.

“Syabas kepada pihak KKM kerana begitu profesional dan  bertindak segera dalam menyelesaikan isu ini dengan kempen kesedaran dan pencegahan serta bantuan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, dua daripada tiga kanak-kanak yang dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies di Sarawak meninggal dunia, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Prof Dr Sim Kui Hian.

Beliau berkata kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu, yang merupakan adik-beradik, dari Kampung Paon, Sungai Rimu, Serian, masing-masing meninggal dunia pada jam 1.43  dan 1.46 tengah hari di Hospital Umum Sarawak.

Dr Zulkifli Mohamad turut mencadangkan empat perkara kepada masyarakat awam dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini.

“Pertama, individu yang terdedah dengan virus tersebut atau disyaki segera dibawa ke hospital dan melaporkannya ke Klinik Kesihatan Daerah, kedua, anjing yang menghidapi penyakit ‘rabies’ harus dibunuh dan diuruskan mengikut ‘standard of operation’ (SOP) yang ditetapkan KKM.

“Untuk elak wabak berjangkit, anjing liar lain yang tidak dijangkiti wajar ditangkap dan ditempatkan di kawasan khas serta diasingkan daripada kawasan manusia.

“Bagi mereka yang memiliki anjing hendaklah dipastikan anjing berkenaan mendapat imunisasi secukupnya dengan vaksin rabies mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak berautoriti,” katanya.

Sinar Online

 

Comments