Home Tempatan Nanyang Siang Pau Gambarkan Orang Islam Seperti Monyet?

Nanyang Siang Pau Gambarkan Orang Islam Seperti Monyet?

SHARE

Putrajaya: Umat Islam ternyata berang dengan sebuah karikatur yang bertajuk ‘Akta Monyet’ yang disiarkan oleh sebuah akhbar Cina dengan dua ekor monyet yang menggambarkan dua tokoh Muslim, ‘speaker’ dan ‘Hadi Awang’ yang terlibat dalam pembentangan Pindaan RUU 355 yang baru berlangsung pada sesi Parlimen yang berakhir pada Khamis lepas.

Nanyang Siang Pau dikatakan telah menghina umat Islam apabila mempermainkan pembentangan Pindaan Akta 355 dengan memaparkan tokoh Muslim yang terlibat sebagai seekor monyet bersongkok yang dilabelkan sebagai ‘speaker’ manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan ‘Hadi Awang’ bertenggek di pokok yang dilabelkan ‘Akta 355’. Karikatur itu juga menunjukkan sekumpulan monyet yang bertekak di bawah pokok berkenaan.

Semalam Malaysiakini melaporkan PAS berang dengan siaran karikatur akhbar Cina tersebut yang memaparkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet. Menurut portal tersebut, ‘Hadi Awang’ dipaparkan dengan memegang sebatang tongkat sakti sambil mahu menikmati juadah ‘keledek panas’, manakala ‘speaker’ melompat dari pokok itu sambil berkata: “Simpan untuk hari kemudian.”

Umat Islam mempersoalkan kenapakah Akta 355 Mahkamah Syariah yang menjaga hal ehwal umat Islam dipermainkan sedemikian rupa? Rata-rata umat Islam menyatakan kekesalan dan rasa marah kerana Nanyang Siang Pau seolah-olah sedang bermain dengan api perkauman dan agama.

Hari ini pada jam 11.00 pagi, satu himpunan bagi menyatakan bantahan akan diadakan di luar Pejabat Urusan Nanyang Siang Pau di Petaling Jaya. 

“Dewan Pemuda PAS Selangor mengarahkan seluruh Pemuda dan menyeru umat Islam bangkit dan mara mempertahankan maruah umat Islam”

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan Tantawi turut menyifatkan karikatur tersebut sebagai tindakan “kurang ajar dan melampau”.

Comments