Home Tempatan Najib lancar Kit Wasatiyyah

Najib lancar Kit Wasatiyyah

SHARE

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melancarkan Kit Wasatiyyah bagi mempromosikan pendekatan wasatiyyah dalam kehidupan masyarakat Malaysia di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Kit itu adalah bahan promosi utama untuk merakyatkan pendekatan wasatiyyah kepada rakyat negara ini.

Kit berkenaan mengandungi lima buku iaitu Dasar Wasatiyyah; Pendekatan Wasatiyyah dan Pelaksanaannya di Malaysia yang mengandungi koleksi enam ucapan Perdana Menteri berhubung pemikiran beliau berkaitan wasatiyyah; dan Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan tulisan Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Abdullah Md Zin.

Dua lagi buku adalah Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan Pengalaman Malaysia dan Penghayatan Wasatiyyah dalam Pentadbiran Malaysia.

Pelancaran kit itu bersempena Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Wasatiyyah Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Mesyuarat itu membincangkan kepentingan wasatiyyah dalam menghadapi cabaran semasa dan akan datang berikutan pelbagai isu berbangkit yang mampu menggugat kestabilan dan keharmonian negara.

Pada mesyuarat itu Pengarah Institut Wasatiyyah, Datuk Mohd Yusof Din membentangkan analisis persekitaran dan cabaran semasa membabitkan Perpaduan dan Integrasi Nasional; Ancaman Pemikiran Ekstremisme dan Liberalisme yang meluas; Persepsi dan Publisiti Negatif Terhadap Islam dan Eksplotasi Ilmu.

Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan Abdullah yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Wasatiyyah Negara.

Berita Harian

Comments