Home Tempatan Nabi Muhammad Memperakui Kebenaran Akidah Kristian – Bishop Paul Tan

Nabi Muhammad Memperakui Kebenaran Akidah Kristian – Bishop Paul Tan

SHARE

Putrajaya: Nabi Muhammad memperakui kebenaran akidah Kristian – bahawa Nabi Isa mati disalib dan dihidupkan semula, dakwa Bishop Paul Tan Chee Ing. Kebenaran ini boleh dibuktikan oleh al-Qur’an itu sendiri, menurutnya lagi.

Pengasas bersama Christian Federation of Malaysia itu mengemukakan dakwaan sedemikian dalam buku tulisannya yang berjudul “In DEFENCE of..” yang diterbitkan oleh Pusat Penyelidikan Katolik bagi melengkapkan para penganutnya untuk berhadapan dengan umat Islam Malaysia.

Dakwa Bishop Paul Tan, “Semua bukti menunjukkan Al Masih Isa benar-benar mati dan bangkit daripada mati. Bukti-bukti ini datang daripada tulisan-tulisan kuno penganut-penganut awal Kristian dan mereka yang tidak beragama Kristian; malah, sebahagian amat memusuhi agama tersebut.”

“Mana yang lebih boleh dipercayai: kenyataan yang ada bukti bersejarah yang mencukupi atau kenyataan yang berdasarkan sebuah petikan samar-samar daripada penulisan yang datang 500 tahun kemudian?” katanya merujuk kepada al-Qur’an.

Pengasas bersama Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) tersebut juga mendakwa bahawa Nabi Muhammad sendiri yang memperakui kebenaran kitab Injil milik golongan penganut Kristian sekaligus mengiktiraf kebenaran akidah yang dibawa oleh para penganut Kristian.

Soal Bishop Paul Tan, “Lagipun, bagaimana Nabi Muhammad boleh bercanggah dengan diri sendiri? Baginda beritahu orang-orang Kristian bahawa Kitab Suci al-Qur’an mengesahkan Injil dan oleh itu, mereka perlu dihakimi oleh Injil, dan kemudian beritahu orang-orang Kristian untuk tidak mempercayai apa yang Injil dakwa mengenai kematian dan kehidupan semula Isa.”

Beliau meneruskan, “Sungguh, petikan dalam Kitab Suci al-Qur’an yang seolah-olah mengatakan Isa tidak mati atas tiang salib adalah sukar untuk ditakwilkan. Sebahagian sarjana-sarjana Islam yang beragama Kristian mengatakan bahawa petikan tersebut ditulis adalah untuk mendatangkan keraguan terhadap golongan Yahudi berbanding ke atas kepercayaan umat Kristian. Golongan Yahudi menyangka mereka telah membunuh Isa. Bukan begitu, kata Nabi Muhammad. Itu hanyalah kehendak Tuhan untuk berlaku sedemikian.”

Comments