Home Antarabangsa MyCare, Dr Afandi rayu semua pihak gesa Israel bebaskan peserta misi JFP

MyCare, Dr Afandi rayu semua pihak gesa Israel bebaskan peserta misi JFP

Tindakan Israel culik, tawan kapal Al-Awda tak ubah seperti lanun

SHARE

SERI KEMBANGAN, 17 Zulkaedah 1439H, Isnin – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menggunakan peruntukan yang ada bagi menjamin keselamatan anak kapal Al-Awda yang telah ditawan oleh tentera Israel.

Pengerusinya, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, tindakan Israel merampas dan menculik anak kapal Al-Awda di perairan antarabangsa adalah mencabul kehormatan undang-undang maritim.

Katanya, Israel tidak berhak menahan kapal Al-Awda daripada belayar di perairan antarabangsa dan tindakan menghalang masuk ke Gaza serta menyekat semua akses luar bertentangan dengan Konvensyen Geneva Keempat yang menegah hukuman kolektif ke atas mana-mana komuniti.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments