Home Tempatan Mustafa Akyol Ucap Tahniah Kepada Kerajaan PH

Mustafa Akyol Ucap Tahniah Kepada Kerajaan PH

SHARE

Penulis Turki yang berjaya membebaskan diri daripada sebarang pertuduhan memberi ceramah tanpa tauliah tahun lepas, hari ini dilaporkan sebuah portal telah mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Harapan di atas kejayaannya mengalahkan kerajaan Barisan Nasional dan berharap Tun Mahathir dapat memulihkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam moden dan progresif.

Mustafa Akyol juga mengharapkan lebih banyak kebebasan bersuara kerana beliau mendakwa menurut pengalaman beliau sendiri, ianya sangat kurang dirasai di Malaysia.


7 Tuntutan Kedaulatan Islam

“Satu perkara yang saya harapkan adalah lebih banyak kebebasan bersuara di Malaysia, kerana saya sendiri pernah merasai kekurangan itu.”

Tambah Mustafa Akyol lagi, “Dr Mahathir kini mempunyai peluang untuk memulihkan trend toksik ini, dan saya doakan dia berjaya.”

Beliau juga merasakan Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana pandangannya akan meneruskan pemulihan kebebasan untuk rakyat Malaysia setelah dibebaskan kelak.

“Saya percaya, Anwar Ibrahim, seorang ahli politik yang dikenakan hukuman secara tidak adil kerana pandangannya, akan peka terhadap keperluan untuk liberalisasi.”

Beliau juga menyuarakan kebimbangannya terhadap kebangkitan PAS pada PRU14 yang lepas dengan memenangi dua negeri walaupun berkempen atas tiket mahu memperkasakan perundangan syariah kerana berpendapat ianya satu kesilapan besar.

“Ia kesilapan besar untuk cuba membawa syariah kepada zaman moden tanpa sebarang tafsiran semula, dan juga menggabungkannya dengan negara moden, yang tidak wujud dalam sejarah awal Islam.”

Comments