Home Antarabangsa Muslimah Nigeria Dihalang Menjadi Peguam Kerana Berhijab

Muslimah Nigeria Dihalang Menjadi Peguam Kerana Berhijab

SHARE

Nigeria: Seorang graduan muslimah lulusan undang-undang Nigeria, Amasa Firdaus Abdulsalam telah dinafikan haknya untuk menjadi seorang peguam gara-gara kerana tidak mahu membuka hijabnya.

Menurut laporan yang disiarkan oleh Al Jazeera, beliau tidak dibenarkan oleh Body of Benchers untuk memasuki Pusat Persidangan Antarabangsa di mana tempat berlangsungnya kemasukan panggilan ke Bar.

Selain itu, Fakulti Undang-Undang Nigeria yang berpangkalan di Lagos mendakwa bahawa Firdaus telah melanggar kod pakaian yang ditetapkan oleh pihak universiti. Walau bagaimanapun, beliau yang lengkap berpakaian tetap berkeras mengenakan hijab dengan memakai ‘wig’ di atas hijabnya.

Ekoran daripada itu, Firdaus menyeru agar masyarakat menolak tindakan Fakulti Undang-Undang tersebut kerana didapati melanggar haknya dibawah kebebasan beragama yang dilindungi oleh seksyen 38 UUD 1945.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Peguam Nigeria (NBA) A.B. Mahmoud berjanji akan meneliti kes tersebut.

“NBA akan menerima kepelbagaian dan toleransi dalam profesion undang-undang di Nigeria,” kata Mahmoud sambil menambah bahawa “isu hijab ini akan dapat diselesaikan”.

Kes larangan berhijab ini juga telah mencetuskan perdebatan sengit di media sosial. Rata-rata netizen dilihat banyak memberi maklum balas tentang isu Firdaus dengan menggunakan hashtag #JusticeforFirdaus sebagai tanda sokongan.

Sebelum ini, di Malaysia, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) mendedahkan aduan daripada pekerja Muslimah dalam industri perhotelan yang dilarang bertudung oleh majikan dan perkara ini menimbulkan kekecohan dan kemarahan di kalangan Muslim.

Comments