Home Tempatan Muslim Aid Malaysia agih daging korban dalam tin

Muslim Aid Malaysia agih daging korban dalam tin

SHARE
Wan Rusli (kanan) memaklumkan daging yang siap dimakan itu membantu umat Islam di Palestine dan Syria.

SHAH ALAM – Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia  (Muslim Aid Malaysia) meneruskan program Qurban for Life tahun bagi tahun ke-29.

Mengekalkan dua konsep sama iaitu penyembelihan di di Australia dan di mana-mana tempat agihan melibatkan 46 buah negara.

Pengarahnya, Wan Rusli Wan Muda berkata program korban dianjurkan itu agak unik kerana kambing biri-biri yang disembelih di Australia akan dimasak dan dibungkus dalam tin atau paket sebelum diagih.

“Setiap tahun kambing disembelih di Australia sekitar 10,000 hingga 12,000 ekor ini akan dimasak dan ditin atau dipaketkan sebelum diagih ke negara seperti Palestin dan Syria.

“Di sana agak sukar untuk mereka menikmati makanan jadi dengan bentuk pengagihan ini mereka mampu mempunyai bekalan makanan sehingga setahun malah makanan ini tahan sehingga tiga tahun,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments