Home Antarabangsa Murtadkan Umat Islam Sejengkal Demi Sejengkal – Pengasas Atheist Republic

Murtadkan Umat Islam Sejengkal Demi Sejengkal – Pengasas Atheist Republic

SHARE

Vancouver, Canada: Usaha untuk memurtadkan umat Islam boleh dimulakan dengan cuba memesongkan aqidah mereka dengan menanam benih-benih prasangka sejengkal demi sejengkal, demikian kata pengasas Atheist Republic, Armin Navabi dalam sebuah posting Twitter beliau.

“Kalau kamu boleh menanam prasangka walaupun sekecil-kecil benih dan mengakibatkan walaupun seorang untuk mempersoalkan kepercayaan mereka, kamu telah melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh ramai orang. Kemajuan dicapai sejengkal demi sejengkal.”

Selain daripada itu, beliau juga menyatakan kegembiraan beliau kerana semakin ramai umat Islam yang telah meninggalkan Islam dan menjadi ateis.

“Seperkara yang baik adalah, saya bukan berseorangan. Komuniti bekas Muslim semakin bertambah, dan sekarang lebih aktif dan berhubung antara satu sama lain. Kami mungkin membawa perbezaan atau mungkin tidak. Walau apa pun, kami tidak akan mengalah,” tegas Armin Navabi.

Armin Navabi juga mendakwa bahawa pengakuan beliau secara terbuka sebagai seorang murtad telah membantu ramai lagi orang lain untuk meninggalkan agama tersebut.

“Mengisytiharkan bahawa kamu adalah seorang bekas Muslim, membantu dalam menormalisasikan orang yang murtad selepas kamu,” dakwa lelaki berketurunan Iran itu lagi.

Arvin Navabi merupakan pemimpin pertubuhan ateis sedunia dimana baru-baru ini, mereka telah mengadakan perhimpunan ateis di Kuala Lumpur yang antara lain disertai pemuda dan pemudi Melayu.

Comments